SAMSUNG Electronics Co Ltd (Samsung), peneraju dunia dalam teknologi bersepadu dan media digital, yakin mampu meningkatkan pertumbuhan membabitkan penjualan telefon pintar di Malaysia didorong pengenalan barisan produk baru di pasaran tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Samsung-Galaxy-S32

Tahun lalu, syarikat gergasi itu mencatat pertumbuhan luar biasa di peringkat global bagi segmen telefon pintar iaitu melebihi 1,000 peratus berbanding 2010.

Pengarah Perniagaan Mudahalih Serantau bagi Asean, Oceania dan Taiwan Samsung, Lee Jui Siang berkata, syarikat komited untuk terus menerajui pasaran telefon pintar di negara ini.

“Sejak suku ketiga 2011, kami muncul pengeluar paling laris dengan menguasai lebih 60 peratus daripada pasaran telefon pintar di Malaysia.

Samsung Galaxy S 3

“Ia pencapaian sangat membanggakan dan kami menjangkakan terus menjadi peneraju disokong pengenalan pelbagai produk baru tahun ini,” katanya di majlis pelancaran telefon pintar terbaru Samsung Galaxy S III di London, United Kingdom, kelmarin.

Katanya, pihaknya mejangkakan Galaxy S III mendapat sambutan baik pengguna di Malaysia, lebih-lebih lagi ia menampilkan pelbagai ciri unik, canggih, pintar dan mudah yang pasti menambat hati pengguna.

“Galaxy S III boleh disifatkan terbaik dalam kelasnya, manakala keunikan cirinya yang mampu melihat, mendengar dan bertindak balas kepada pengguna menjadikannya antara telefon pintar tercanggih di pasaran ketika ini.

“Malah, kami menjangkakan Galaxy S III mengatasi rekod hebat Galaxy S II yang berjaya dijual lebih 20 juta unit di seluruh dunia dalam tempoh hanya 10 bulan,” katanya.

Menurutnya, syarikat belum menetapkan tarikh khusus untuk memperkenalkan Galaxy S III di negara ini, namun menjangkakan ia dipasarkan awal bulan depan. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?