Kuala Lumpur: Telefon pintar, Samsung Galaxy S4 di Malaysia terus mencatatkan jualan yang baik berbanding model sebelumnya, Samsung Galaxy S3 walaupun timbul khabar angin menyebut jualannya gagal mencapai sasaran ditetapkan.
[adsenseyu6] |
Ketua Bahagian Telefon Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics, Vincent Chong berkata, setakat ini jualan bagi model terbaru dalam siri Galaxy itu terus mencatatkan peningkatan dan ia dijangka akan mencapai rekod jualan yang lebih baik berbanding Galaxy S3.
Jualan Galaxy S4 lebih baik dari S3
“Selepas lebih dua bulan berada di pasaran, kami dapat merumuskan jualan model Galaxy S4 ini adalah lebih baik daripada S3 dalam tempoh yang sama.
“Kami yakin, ia terus mencatatkan jualan yang baik kerana Galaxy S4 tidak lagi dikenali sebagai sekadar telefon pintar sebaliknya mampu menjadi teman yang baik kepada pengguna,” katanya selepas pelancaran siri drama, Wind Chimes in a Bakery di sini, baru-baru ini.
Siri yang mengetengahkan konsep drama Korea itu dihasilkan bagi menampilkan fungsi Samsung Galaxy S4 sebagai teman setia pengguna dalam menghubungkan dua watak yang dilakonkan dalam siri berkenaan.
Samsung berjaya mencatatkan jualan melebihi 10 juta unit pada penghujung mei lalu, Galaxy S4 tidak menunjukkan sebarang tanda kemerosotan jualan, malah mencatatkan rekod baru. -hmetro