KUALA LUMPUR: GALAXY S3 produk canggih dari Samsung Electronics akan boleh didapati di Malaysia menerusi rakan kongsi telekomunikasinya Celcom, DiGi dan Maxis bermula 31 Mei 2012 dan cawangan Samsung Elite Partner kemudiannya pada Jun 2012.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6]  Samsung-Galaxy-S32

Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon dalam satu kenyataan berkata, dengan pengenalan Samsung GALAXY S III, syarikat itu yakin ia dapat mengatasi kejayaan Samsung GALAXY S II yang terjual sebanyak 20 juta unit di seluruh dunia sejak pelancarannya tahun lepas.

Samsung Malaysia berkata, dengan telefon baharu itu yang hanya seberat 133 gram dan lebar 8.55mm, merupakan peranti pertama yang menampilkan pemproses aplikasi teras kuad.

Galaxy S3 lebih pantas

“Pengguna akan dapat melayari web dengan pantas, prestasi dipertingkat, kualiti grafik terbaik dan antara muka pengguna yang responsif dengan segera di skrin yang lebih besar,” kata Samsung.

Samsung GALAXY S III dikuasakan oleh Android 4.0, Ice Cream Sandwich dan bateri 2,100 mAh, kata syarikat itu. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *