Kuala Lumpur: YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications) berhasrat memperkenalkan komputer riba berkeupayaan rangkaian generasi keempat (4G) kepada 10,000 sekolah di negara ini hasil kerjasama dengan pengeluar cip terkemuka, Intel.
[adsenseyu6] |
Pengarah Urusan YTL Group Tan Sri Francis Yeoh berkata, ia membabitkan kedua-dua sekolah menengah dan rendah di negara ini sebagai salah satu usaha memperkasakan 1BestariNet dalam sektor pendidikan.
“Komputer riba bersama rangkaian terpantas Yes 4G mampu memberi impak positif kepada pelajar,” katanya selepas memperkenalkan program terbabit kepada media di Kuala Lumpur, semalam. Ia turut dihadiri Naib Presiden Kumpulan Jualan, Pemasaran dan Pengurus Besar Intel APAC serta Jepun Gregory Bryant.
1BestariNet
1BestariNet adalah inisiatif Kementerian Pendidikan untuk melakukan perubahan pembelajaran menggunakan Internet dan teknologi bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.
Menerusinya, semua sekolah akan dihubungkan dalam satu pangkalan pembelajaran tunggal menggunakan Internet berkelajuan tinggi 4G dan pengguna diberi akses daftar ke dalam program untuk aplikasi pembelajaran Maya Frog, Google Apps for Education dan Frog Store. -hmetro