Company : Sabit Banani Enterprise
URL : http://www.sabitbanani.com.my
Sabit Banani Enterprise ialah sebuah syarikat pemborong ubat-ubatan herba dan kosmetik tradisional yang dimiliki oleh 100% bumiputera . Ia beroperasi sejak bulan Mac tahun 1996 sehingga sekarang .
Modal permulaannya hanyalah RM15,000 tetapi sekarang telah mencapai RM500,000 .Bermula dengan van Toyota buatan tahun 1987 tetapi sekarang mempunyai lori 3 tan baru yang mana penghantaran seluruh Semenanjung Malaysia dapat di buat dengan cepat dan selamat .
Program dan kursus yang di anjurkan oleh MARA negeri Kelantan dan badan-badan kerajaan yang lain memantapkan lagi kakitangan syarikat ini . Lebih dari 25 program dan kursus telah di ikuti oleh kakitangan syarikat ini semenjak tahun 1997 hingga sekarang .
Pengalaman syarikat Sabit Banani Enterprise selama lebih 10 tahun membolehkan ia berdiri dengan teguh serta berpengalaman luas dalam bidang perkilangan dan pengedaran produk ubat-ubatan berasaskan herba dan kosmetik tradisional . Kawasan pengedarannya bukan sahaja meliputi Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak bahkan sampai keluar negara seperti Singapura , Brunei, Thailand dan Indonesia.
Sebagai sebuah syarikat bumiputera yang telah mempunyai lebih 500 pelanggan yang terdiri dari Syarikat ubat-ubatan herba dan Farmasi di seluruh Malaysia serta termasuk di luar negara maka telah sampai masanya ia memiliki kilang untuk memproses ubat-ubatannya sendiri yang bertaraf GMP . Bagi menyahut seruan kerajaan melalui Gerak Usahawan Zon Timur 2005 di Pusat Dagangan Terengganu maka Sabit Banani Industries Sdn. Bhd. telah di tubuhkan pada 06 Mac 2006 dibawah Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar RM 500,000.00, beroperasi sebagai kilang untuk memproses ubat-ubatan herba tradisional . InyaAllah kilang ini akan di bimbing oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) Putrajaya Malaysia, sehingga mencapai taraf GMP (Good Manufacturing practice), HALAL dan ISO 9002 (International Standard Organisation).
Disamping mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh serta kumpulan pengurusan yang berpengalaman , Sabit Banani Industries Sdn. Bhd. berkeyakinan dapat mengembangkan lagi perniagaan dan bersama menjayakan projek RMK9.
2 Comments
Would you like to share your thoughts?
You must be logged in to post a comment.
Tuan Anisah bt. Tuan Besar
06/02/2011Masih ada lagikah Jamu Mutiara Serapat (Feminin Grip ). Satu ketika dulu ada di jual di salah sebuah farmasi di Kuantan, Pahang. Moga mendapat jawapan segera. Dan dimana boleh saya dapatkan jamu tersebut di Terengganu. Terima kasih
jue
15/04/2013berminat nk buka kdai ubat dan kosmetik.bagaimana nk hubungi?