RESEARCH In Motion Ltd (RIM), pengeluar telefon BlackBerry, sudah melupuskan kebanyakan inventori produk tabletnya, PlayBook sejak ia menjual produk berkenaan pada harga diskaun yang sangat rendah.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] playbook

Syarikat berpangkalan di Kanada itu berkata, ia mengambil nilai inventori sebelum cukai sebanyak AS$435 juta (RM1,38 bilion) pada suku yang baru berakhir dengan mengambil kira penyusutan nilai tablet berkenaan. Harga asal model berkenaan adalah AS$500 (RM1,584) seunit dan kini berharga AS$200 (RM634). Setahun lalu, Ketua Eksekutif Bersamanya, Jim Balsillie, berkata permintaan terhadap PlayBook amat memberangsangkan.

Pada Mac, Balsillie berkata: “Pelancaran PlayBook mungkin menjadi pembangunan yang sangat ketara kepada RIM sejak pelancaran BlackBerry pertama pada 1999.”

playbook

Tetapi apabila tablet itu dijual April lalu, terdapat komen mengatakan peranti itu tidak lengkap dan kekurangan perisian email. RIM kini menjanjikan perisian yang dikemaskini pada Februari.

RIM berkata, ia menghantar 150,000 PlayBooks kepada pengedar dan kedai pada suku ketiga tahun fiskal yang berakhir 26 November lalu. Jumlah yang dibeli pengguna adalah lebih tinggi, mencerminkan jualan tablet sebelum ini. Syarikat itu menghantar 500,000 pada suku pertama dan 200,000 pada suku kedua.

Jualan Playbook

RIM juga berkata, ia sudah menjual 14.1 juta BlackBerry pada suku ketiga, yang jauh lebih tinggi daripada unjuran para penganalisa.

Syarikat itu menjangkakan jualan akan jatuh sedikit pada suku semasa sejajar dengan unjuran penganalisa.

Syarikat menyediakan angka awal keuntungan dan pendapatan bagi suku ketiga yang lebih rendah daripada diunjurkan, tetapi ia tidak mengejutkan penganalisa.

RIM berkata ia menjangkakan pendapatan pada tahap AS$1.20 kepada AS$1.40 sesaham yang diunjurkan sebelum ini.

Pungutan pendapat penganalisis yang dilakukan FactSet, mengunjurkan secara purata iaitu pada AS$1.18 sesaham.

Syarikat itu mengunjurkan pendapatannya berada pada paras AS$5.3 bilion berbanding AS$5.6 bilion yang diunjurkan sebelum ini. Penganalisa mengunjurkan secara purata AS$5.27 bilion. -bharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *