Kuala Lumpur: Belia berusia di antara 21 dan 30 tahun boleh memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. 

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] rebet rm200

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran,” Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

“Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rebat RM200

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik penyedia perkhidmatan.

“Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

“Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rebat RM200 sekali saja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Bajet 2013.

Dengan rebat itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baru, katanya sambil menolak dakwaan had RM500 adalah rendah kerana ada lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

“Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

“Oleh itu, belia seharusnya mencari logo ‘Pakej Komunikasi Belia’ yang akan dipaparkan pada kain rentang di kedai itu atau boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pasca bayar.

Sementara itu, Mohamed Sharil berkata, pemilik perniagaan kecil berumur 18 hingga 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi ‘Get Malaysian Business Online’ mulai Selasa depan (1 Januari), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya. – BERNAMA

admin
admin

3 Comments

  1. ejoeSolutions Clixster tawar 100,000 telefon percuma » ejoeSolutions
    27/07/2013

    […] Sdn Bhd kini menawarkan 100,000 unit telefon percuma sehingga bulan depan menerusi rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB). Promosi yang telah dimulakan sejak minggu lalu bertujuan menarik generasi muda yang layak […]

  2. ejoeSolutions Rebat telefon pintar RM200 disambung semula » ejoeSolutions
    25/08/2013

    […] Katanya kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas. […]

  3. ejoeSolutions Pakej Komunikasi Belia akan dibuka semula pada 7 Oktober » ejoeSolutions
    04/10/2013

    […] PKB telah diputuskan dalam Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri dan ianya akan terus berjalan sehingga 1.5 juta belia mendapat manfaat daripadanya seperti yang dijanjikan. […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *