Company : RantauPanjang.com – Bandar Pelancongan
URL : http://www.rantaupanjang.com

Rantau Panjang terletak kira-kira 25 km dari Pasir Mas, 40 km dari Kota Bharu. dan merupakan lokasi kawasan pelancongan yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai di Kelantan . Pengisytiharan sebagai Zon Bebas Cukai pada 2002, telah menjadikannya sebagai pusat membeli-belah yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun di Kelantan terutama pelancong tempatan. Pelbagai barangan seperti keperluan keluarga , pakaian , peralatan dapur dan buah-buahan boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan membeli belah seperti Bank komersil utama, mesin ATM,penggurup wang dan sebagainya.

Di samping menjadi tumpuan membeli-belah, Rantau Panjang juga merupakan pintu keluar masuk ke Thailand yang menghubungkannya dengan pekan Sg. Golok.Jadi tidak hairanlah pekan ini dipenuhi dengan kedatangan pengunjung dari Thailand yang berurusan dan membeli barang keperluan setiap hari. Pada musim cuti am atau cuti persekolahan pekan ini juga penuh sesak dengan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara/pelancong asing membeli belah.

admin
admin

3 Comments

  1. Pembangunan Laman Web sepanjang bulan jun « ejoeSolutions Kota Bharu Kelantan
    28/06/2010

    […] laman web yang direkabentuk & dibangukan oleh ejoeSolutions sepanjang bulan jun 2010: – Laman web rantaupanjang.com – Bandar Pelancongan – Online Store Faqih Marketing – Minuman […]

  2. Kursus Kahwin & Kad Kahwin
    02/09/2010

    Salam saudara,

    design corporate yang jenis macam ni berapa ya?

  3. admin
    02/09/2010

    banyak bergantung kepada design, function dah content. harga dalam range RM 500 – 3k. nak tau lebih lanjut bleh mai office kat kb cyber plaza or bleh ym/email.tq

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *