Company : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. – Pencetak & Penerbit
URL : http://www.pap.com.my
Pustaka Aman Press (PAP) telah ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Haji Hassan Bin Yaacob dengan modal permulaan sebanyak RM15,000. Fungsi utama penubuhannya adalah untuk penerbitan dan percetakan buku-buku berkaitan Islam yang di antaranya terjemahan tafsir Al-Quran, buku ajaran Islam dan pendidikan Islam. PAP berharap dapat menjadi pelopor utama dalam menerbitkan dan mencetak buku-buku di Kelantan dan amnya di Malaysia.
Pada 5 Februari 1976, PAP telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat dengan modal yang dibenarkan dan modal berbayar sebanyak RM1,000.000.00 dan RM500,003.00 yang mana dikenali sebagai Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.
Sebagai seorang pengusaha yang dinamik dan agresif-Haji Hassan Bin Haji Yaacob telah menguruskan syarikat tersebut dengan penuh jayanya. Beliau menjalankan semua aktiviti perniagaan termasuklah penerbitan, pengeluaran, jualan dan pengumpulan. Semasa penubuhan awal operasi PAP, beliau selalu berjumpa dengan pelanggan di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak pada setiap bulan. Pada awal tahun 1960, PAP telah menjadi penerbit utama buku teks pendidikan agama Islam ( Pengetahuan Agama Islam-Tingkatan 1 hingga 5 ). Tanpa dijangka, nama syarikat telah melonjak naik daripada pengeluaran buku-buku tersebut. Dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memberi mandat penuh kepada PAP untuk menerbitkan semua buku-buku teks Pendidikan Islam di bawah seliaannya. Semenjak dari itu, PAP telah menerbitkan buku-buku tersebut dalam skala yang besar ke seluruh negara.
Hari ini, di samping penerbitan dan percetakan buku-buku Islam, akademik, kanak-kanak, dan juga buku-buku komputer, PAP juga menerima permintaan dan kontrak percetakan daripada sektor-sektor kerajaan, syarikat swasta dan juga individu-individu tertentu. Di antara perkhidmatan percetakan yang ditawarkan oleh PAP adalah menerbit dan mencetak buku-buku, majalah, broshur, kalendar, berita,laporan tahunan, cetakan 4 warna dan lain-lain lagi.
Semenjak PAP ditubuhkan, ianya telah banyak melakukan pembaharuan dalam operasi dan pengurusannya. Di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Pn. Hajjah Fauziah Hassan, PAP telah berjaya meningkatkan pengeluarannya, ruang kerja, aktiviti- aktiviti perniagaan dan lain-lain. Sehingga sekarang, PAP telah berjaya mempelbagaikan bentuk perniagaan termasuklah menjadi pembekal kertas dan alat percetakan ( Syarikat Ikmal ), pengurusan hotel ( Hotel Aman ), projek perumahan dan harta ( Taman Aman dan Taman Sari ), dan sekolah rendah swasta (Sekolah Rendah Swasta Sri Aman).
PAP amat komited dalam mencapai hala tuju dan objektif yang sebenar bagi menyahut cabaran dan aspirasi dalam Wawasan 2020.
kamsiah jaafar
20/09/2011ssalamualaikum, saya ingin memiliki buku aqidatul Mukmin-Pegangan Hidup Mukmin Jilid satu dan dua tulisan Abu Bakar jaabir Al-Jazaairi terjemahan H Salahuddin Abdullah untuk rujukan sendiri..bolehkah saya dapat daripada pihak tuan..saya dah cari merata-rata tak dapat..respon kepada saya cikgukamsiah@gmail.com
Raglan shah
12/11/2011Salam. Saya ingin dapatkan buku2 karangan allahyarham mohd janan bin Ahmad. Hrp dptkan untuk saya. Tq
sya252
23/10/2012saya ingain tahu, adakah jawetan sebagai editor ditawarkan di syarikat ini?sekiranya ada, bagaimanakah cara untuk saya memohon jawatan tersebut?Terima kasih.
sakeri bin mohamad rifin
22/10/2013Saya ingin tahu.ada tak jawatan kosong di syarikat ini sebagai operator mesin cetak.kalau ada bagaimana cara utk saya memohon
noor liza binti sulaiman
30/11/2013assalamualaikum..saya nak tahu syarikat ini ada tak menerima pelajar-pelajar institut awam atau swasta untuk mngikuti latihan industri di tempat tuan? mohon sedikit pencerahan..terima kasih
Mohd Subhi Abdullah
20/02/2022Bagaiman nak dapatkan buku misykatul anwar (jawi) dan semua jilid manhajul abidin melalui pos?
muhammad haykal abdullah
24/05/2023Assalamualaikum.
Saya ingin mencebur diri dlm bidang membekal majalah-majalah pendidikan seperti (cth : majalah dewan pelajar khusus untuk pelajar sekolah rendah). Saya ingin mendapatkan sedikit maklumat bagaimana untuk mendapatkan naskah-naskah majalah tersebut dalam kuantiti besar? bagaimana proses pembelian dan penghantaran?