PUSAT Rekabentuk Kejuruteraan Digital (DEDC) pertama di negara ini yang dilancarkan syarikat penyelesaian kejuruteraan tempatan, DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE) semalam bakal melahirkan kira-kira 500 jurutera digital profesional dalam tempoh lima tahun akan datang.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pusat digital

Pembukaan pusat digital serba canggih dengan pelaburan RM51.8 juta itu bukan saja membantu melahirkan tenaga kerja tempatan dalam bidang kejuruteraan digital, malah mampu menarik pelaburan asing dan tempatan yang ingin mendapatkan kepakaran dalam bidang teknologi tinggi itu.

Pusat Digital lahirkan jurutera

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ketika ini syarikat berkenaan berupaya melahirkan kira-kira 250 jurutera digital mahir dalam tempoh dua tahun akan datang dan percaya pelancaran pusat itu dapat membantu hasrat negara menceburi industri perkhidmatan kejuruteraan global.

“Secara keseluruhan, nilai pasaran tempatan industri berkenaan hanya sekitar RM20 juta setahun namun, ia mempunyai prospek pertumbuhan yang besar.

“Saya berharap lebih banyak syarikat tempatan dapat membabitkan diri dalam industri ini bagi menembusi nilai pasaran global industri ini yang bakal mencecah RM2.99 trilion menjelang 2020,” katanya pada sidang media selepas melancarkan DEDC di Taiping, Perak.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohamad Zahir Khalid; Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak; Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan serta Presiden Digital Process Ltd Jepun (Digital Process), Ryuichi Yamada.

Katanya, DEDC diwujudkan hasil perkongsian bersama NCIA dan DreamEDGE membabitkan pelaburan kira-kira RM51.8 juta serta dibangunkan dengan kerjasama syarikat kejuruteraan digital dari Jepun, Digital Process.

Pusat yang beroperasi di Menara KamalBina di Taman Tasik Taiping itu dilengkapi peralatan kejuruteraan digital terkini serta berupaya menempatkan seramai 90 jurutera dalam satu masa.

Mukhriz berkata, kerjasama diwujudkan dengan syarikat dari Jepun ini boleh dianggap satu kejayaan besar buat syarikat tempatan kerana kebiasaannya negara berkenaan jarang berminat dengan negara membangun seperti Malaysia. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *