ICT Incubator Centre Sdn. Bhd. dengan kerjasama pihak MSC Malaysia akan menjalankan Program Pemasaran (One Day Marketing Course) seperti berikut:.
[adsenseyu6] | ![]() |
Tarikh : 17 Jun 2010
Tempat : Bilik Operasi, Tingkat 10 Bangunan PKINK, Kota Bharu, Kelantan
Masa : 9 pagi hingga 5 petang.
Inisiatif ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dalam selok belok dalam memasarkan produk-produk dan perkhidmatan khasnya dalam bidang ICT/Multimedia. Melalui program ini, peserta yang hadir boleh mendapatkan maklumat mengenai peluang perniagaan dalam bidang ini di samping mengetahui lebih lanjut mengenai program-program usahawan yang disediakan oleh pihak kami.
Program ini juga adalah lanjutan dari program sebelum ini yang pernah dijalankan di KB Bazaar, iaitu “Basic Business Management” yang telah diadakan pada 24 March 2010.
Agenda program pemasaran ini adalah seperti berikut:
Time
Activity
9:00 to 10:30
• Introduction
• What is marketing?
• Difference between sales and marketing
10:10 to 10:45
• Tea break
10:45 to 13:00
• Evolution of sales
• Customer point of view
• What are you selling? (USP)
13:00 to 14:00
• Lunch and Zuhur
14:00 to 15:30
• Puzzle Game
• 5P of marketing
15:30 to 15:45
• Tea break
15:45 to 17:00
• 22 immutable laws or marketing
Program ini akan disampaikan oleh En Umar Zaman, dari syarikat MyPartners Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat bertaraf MSC Malaysia Status.
Kami amat mengalu-alukan sekiranya terdapat 2 syarikat yang menyertai program ini dapat memberikan profil syarikat kepada kami untuk dijadikan sebagai “case study” di dalam latihan ini nanti. Kebaikan membentangkan 2 buah syarikat ini adalah, mereka akan terus mendapat idea-idea yang bernas semasa pembentangan yang akan dijalankan dan dibincangkan semasa program ini. Di samping itu juga, 2 buah syarikat ini akan dapat menyiapkan pelan-pelan strategik untuk pemasaran produk dan perkhidmatan mereka.
Pendaftaran untuk menyertai program ini adalah secara PERCUMA dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di email yanti@mdec.com.my.
Sekian, terima kasih.
Raseyanti Mohd Rashid
Senior Executive – Channels and Partners Development
Technopreneur and Enterprise Development
Multimedia Development Corporation (MDeC)
DID: +603-8315 3307 | Fax: +603-8318 7612| http://www.mscmalaysia.my
Antara peserta yang hadir:
– KB Excel Printing (En. Zuriani )
– kugiran.com (En Pi)
– ejoeSolutions