CELCOM Axiata Berhad (Celcom) melancarkan perkhidmatan capaian Internet tanpa wayar PortaWiFi di kedai kopi Cina atau lebih dikenali sebagai kopitiam di seluruh Malaysia menjelang akhir bulan ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Celcom portawifi device

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, menerusi kemudahan itu, pengusaha kopitiam akan dibekalkan dengan peranti mobiliti PortaWiFi untuk sokongan capaian data Wi-Fi Hotpot berkelajuan sehingga 21Mbps.

“Kemudahan ini bakal menyediakan pelanggan kopitiam dengan akses Internet segera terpantas dalam wilayah Celcom.

Pakej Celcom PortaWiFi

“Sebagai permulaan, kopitiam terpilih akan mengaplikasi PortaWiFi secara percuma selama tiga bulan sebelum Celcom memperkenalkan pakej langganan perkhidmatan data khusus untuk peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedikit masa lagi,” katanya selepas sidang media pelancaran servis itu di Kuala Lumpur, semalam.

Perasmiannya disempurnakan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Hadir sama, Presiden Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *