PELABURAN Mara Bhd (PMB) berharap Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Oktober ini memberi lebih tumpuan kepada usahawan muda.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengerusi PMB Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan perlu mudahkan proses untuk usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan serta menyediakan pinjaman mikro untuk perniagaan secara sambilan.
“Untuk kita tangani isu miskin bandar dan kos sara hidup tinggi, kita patut lihat perlu ada pinjaman mikro bagi mereka yang ingin buat perniagaan sambilan, terutama anak muda yang tinggal di rumah kos rendah atau kawasan sederhana.
“Saya juga harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan umumkan sesuatu untuk menolong usahawan yang perlukan peluang kedua selepas disenaraihitam kerana ada mereka ini gagal sebab ditipu atau bencana alam sehingga terpaksa tutup syarikat,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara PMB dan pengeluar antivirus Bumiputera, 1Machine System Sdn Bhd, semalam.
Sementara itu, PMB menyasarkan aset diuruskan syarikat itu melalui sektor minyak dan gas, hartanah, infrastruktur dan teknologi akan mencecah RM1.5 bilion sehingga akhir tahun depan. -sinarharian