KUALA LUMPUR: Selepas 25 tahun penubuhannya, Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) akan melancarkan gedung teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dikenali Pikom ICT Mall CapSquare, terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur berhampiran Jalan Munshi Abdullah.
![]() |
[adsenseyu7] |
Pusat sehenti ICT Mall ini membuka peluang keemasan kepada semua ahli Pikom, penggemar permainan video, entusias ICT dan peminat peranti elektronik. Kini anda mampu mendapatkan produk kegemaran pada harga yang biasanya hanya didapati dalam acara jualan ICT seperti PC Fair anjuran Pikom setiap tahun. Di sini, pelbagai produk ICT yang menarik boleh didapati pada harga mengagumkan! Mula dibuka pada 1 Oktober 2011 dan akan dirasmikan pada Mac 2012. Sebagai permulaan, 20 penyewa akan memulakan perniagaan pada hari pembukaan antaranya Asus yang akan menampilkan kedai konsep dengan paparan produk terkini seperti komputer riba, tablet dan PC.
Pengguna juga berpeluang mengunjungi kedai Pixus yang menawarkan pelbagai produk fotografi seperti jenama Canon, Kodak, FujiFilm, dan Casio.
Pikom ICT Mall jadi destinasi ICT
Pikom ICT Mall bakal menjadi destinasi ICT pilihan pertama bukan saja kepada pengguna di Kuala Lumpur, malah dari setiap pelosok negara. Bersempena dengan pembukaan itu juga, tiket menonton wayang TGV akan ditawarkan secara percuma bersama pelbagai hadiah menarik lain sehingga hari perasmiannya pada Mac 2012.
Sehubungan dengan itu juga, World Cyber Games 2011 (WCG) akan berlangsung di Pikom ICT Mall pada 7 hingga 9 Oktober 2011. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Pikom dan memperlihatkan pertandingan e-Sports peringkat antarabangsa dalam pelbagai permainan video seperti StarCraft II: Wings of Liberty, WarCraft III: The Frozen Throne, Fifa ‘11, Counter Strike 1.6 dan League of Legends.
Setiap juara permainan Untuk StarCraft II, WarCraft II, Fifa II dan League of Legends akan mewakili Malaysia ke peringkat akhir WCG juga dikenali Olimpik e-Sports yang akan berlangsung di Busan, Korea pada 8 hingga Disember ini.
Sementara itu, orang ramai dijemput menyertai Larian Amal Pikom 2011 yang akan diadakan pada 9 Oktober 2011. Acara ini disokong Persatuan Atletik Amatur Wilayah Persekutuan (FTAA) dan Menara Kuala Lumpur. Dana yang dikutip akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (Makna). Lima kategori dipertandingkan yang mana untuk penyertaan individu adalah? Kategori Terbuka Lelaki dan Wanita (16-39 tahun), Kategori Veteran Junior Lelaki (40-49 tahun), Veteran Senior Lelaki (50 tahun ke atas), dan Wanita Veteran (40 tahun dan ke atas). Bayaran yuran RM30 dikenakan bagi setiap penyertaan. Lima pemenang pertama dalam setiap kategori akan menerima hadiah berupa wang tunai dan pingat.
Datanglah beramai-ramai ke Pikom ICT Mall CapSquare untuk mengalami dunia teknologi terkini dan jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan pelbagai produk ICT bermutu tinggi pada harga yang menakjubkan. -hmetro