CakePHP adalah percuma, sumber-terbuka, kerangka pembangunan pantas untuk PHP. Ia adalah struktur asas bagi pengaturcara untuk membangun aplikasi web. Tujuan utama kami ialah untuk membenarkan anda bekerja dengan tersusun dan pantas tanpa hilang fleksibiliti.
CakePHP mengeluarkan kebosanan dari pembangunan web. Kami meyediakan anda dengan semua peralatan bagi memulakan kod yang diperlukan untuk menyiapkan apa yang perlu: logik spesifik untuk aplikasi anda. Tanpa membangunkan semula semua setiap kali anda memulakan projek baru, dapatkan satu salinan CakePHP dan mulakan pembangunan aplikasi anda dengan berani.
Cakephp mempunyai pasukan pembangun dan komuniti yang aktif, memberikan banyak kelebihan kepada projek ini. Sebagai tambahan untuk mengelakkan pembangunan semula, penggunaan CakePHP bermaksud aplikas teras sentiasa diuji dan diperbaiki.
Ini adalah senarai ciri-ciri yang anda akan nikmati apabila menggunakan CakePHP:
– Komuniti yang aktif dan peramah
– Lesen yang fleksibel
– Serasi dengan PHP versi 4 dan 5
– Interaksi pangkalan terbina dalam CRUD
– Aplikasi scaffolding
– Penghasilan kod secara automatik
– Struktur MVC
– Penghantar permintaan (Request dispatcher) yang bersih, custom URL dan routes
– Pengesahan (validation) terbina-dalam
– Templating yang laju dan fleksibel (PHP sintaks, dengan helpers)
– View Helpers untuk AJAX, JavaScript, borang HTML dan banyk lagi
– Email, Cookie, Security, Session, and Request Handling Components
– Fleksibel ACL
– Pembersihan (sanitization) data
– Fleksibel Caching
– Localization
– Berfungsi dari mana-mana direktori web, dengan sedikit atau tiada langsung konfigurasi Apache diperlukan
Selain Cakephp, framework php adalah seperti:
– CodeIgniter
– Symfony
– Zend Framework
– Seagull
– Qcodo
– Horde