Program : Pesta Thai 2011 Kota Bharu Kelantan
Tempat : Gelanggang Seni Jalan Mahmood, Kota Bharu
Tarikh : 4 – 8 Mei 2011
Masa : 10:00am – 11:00pm
Konsulat Thai Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Selatan Thailand (SBPAC) akan menganjurkan Pesta Thai 2011 di Kelantan pada 4 hingga 8 Mei bertemakan Sawasdee Thailand bertempat di Gelanggang Seni Kelantan. Pesta ini diadakan di Kelantan setiap tahun berjaya merapatkan hubungan dua hala antara negeri itu dengan masyarakat di Negara terbabit.
Matlamat program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan makanan dan produk dari Thai sekaligus menjadikan Thailand sebagai destinasi untuk pelancongan, perniagaan dan pelaburan serta membentuk perhubungan yang lebih mantap di antara rakyat Thailand dan Malaysia melalui pertukaran perusahaan dan juga budaya masyarakat setempat.
Program ini akan bermula pada 4 Mei dan berakhir pada 8 Mei 2011. Sejumlah 70 gerai mengambil bahagian pada Pesta tahun ini, 40 gerai terdiri daripada penduduk Selatan Thai. Waktu operasi bagi program ini bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Majlis perasmian untuk program ini akan diadakan pada 4 Mei 2011 pada pukul 5.00 petang yang mana akan dirasmikan oleh tetamu kehormat dari Thailand dan juga Malaysia. Sebelum ini Pesta Buah-buahan dan Makanan Kegemaran Thai berlansung pada 21 – 25 Julai 2010 di tempat yang sama.