Pesta Konvokesyen Pertama UMK – Menjulang Usahawan
Tarikh : 15 – 19 September 2011
Tempat : Kampus UMK Bachok

Pesta Konvokesyen yang julung kali diadakan ini adalah bersempena dengan Majlis Konvokesyen sulung Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Pesta Konvokesyen ini akan berlangsung di tapak Kampus Bachok selama lima hari iaitu bermula dari 15hb hingga 19hb September 2011. Perasmian Pesta Konvokesyen ini dijangka akan disempurnakan perasmiannya oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan. Kampus Bachok dipilih sebagai tapak Pesta Konvokesyen pada kali ini berdasarkan kepada beberapa objektif utama. Antaranya, pihak Universiti berhasrat untuk “mengimarahkan” Kampus Bachok yang telah mula beroperasi sejak bulan April 2011 dengan mengadakan program Pesta Konvokesyen yang secara langsung dapat membuktikan kesungguhan pihak kerajaan membangunkan Universiti penuh awam di negeri Kelantan yang telah sekian lama dinantikan oleh rakyat negeri ini. Di samping itu, dengan berlangsungnya Pesta Konvosyen di kampus baru ini dapat memberi peluang kepada masyarakat sekeliling daerah Bachok khususnya dan rakyat Kelantan amnya untuk menyaksikan sendiri perkembangan terbaru universiti dan juga mereka dapat merebut peluang menjana pendapatan dengan menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang pesta berlangsung. Pesta Konvokesyen ini juga secara langsung memberi kesempatan kepada ibubapa graduan untuk datang dan melihat sendiri pembangunan kampus baru Bachok walaupun anak-anak mereka tidak sempat untuk belajar di kampus baru.

Banyak program serta aktiviti telah dirancang sepanjang lima hari pesta berlangsung. Antara program yang dirancang termasuk forum keusahawanan Islam, seminar dan bengkel, sukan rakyat, pertandingan memancing, persembahan kebudayaan dan juga pameran daripada agensi kerajaan, swasta dan pihak NGO. Pihak urusetia juga telah menyediakan lebih daripada 100 gerai yang akan menjual berbagai jenis produk termasuk gerai makanan dan minuman. Tempahan untuk mendapatkan gerai jualan boleh dibuat dengan menghubungi pihak urusetia En. Ngadiso Darus di talian 09-7717057, Pn. Silawati di talian 013-9200314 atau Kamaruddin Abd. Kadir di talian 09-7717199 / 019-7676161. Klik untuk dapatkan Borang Gerai Pesta Konvokesyen Pertama UMK. Dianggarkan seramai 10 hingga 15 ribu pengunjung dijangka akan datang ke Pesta Konvokesyen sepanjang lima hari pesta berlangsung.

Pesta Konvokesyen sulung Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diadakan di Kampus Bachok diharap dapat menyemarakkan semangat serta komitmen warga Universiti khususnya dan masyarakat sekeliling amnya demi untuk menjadikan UMK sebuah Universiti Keusahawanan yang terunggul di rantau ini.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *