Program : Pesta Buah-buahan dan Makanan Kegemaran Thai 2010 | Food & Fruits Favourite Fair Thai Festival 2010 Tempat : Bangunan Perkumpulan Perempuan (Dewan PPK) & Gelanggang Seni Kota Bharu Tarikh : 21 – 25 Julai 2010 Masa : 10 pagi – 11 Malam Orang ramai yang mengunjungi Pesta Buah-buahan dan Makanan Kegemaran Thai 2010 di Bangunan Perkumpulan Perempuan berpeluang menikmati masakan ‘Melayu-Siam’ asli di pesta itu. Konsul Jeneral Thailand di sini, Surapon Petch-Vra berkata, sebanyak 50 peniaga dari lima wilayah di selatan negara itu akan terlibat dalam menjayakan pesta tersebut. Beliau berkata, antara masakan Thailand yang akan disediakan pada pesta tersebut adalah tom yam, somtam, nasi kerabu, pelbagai jenis kerabu, ayam goreng, ayam ‘kohlae’, pulut pauh dan pulut durian. “Makanan ringan pula termasuk ikan salai, ikan kicap dan ‘namprik (cili jeruk), pisang salai dan biji gajus’,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan Pesta Buah-buahan dan Makanan Kegemaran Thai 2010 di Konsul Thai di sini semalam. Katanya, pelbagai hasil industri kecil dan sederhana dari wilayah itu turut dipromosikan sepanjang pesta tersebut. “Barang-barang berkenaan termasuk kosmetik berupa sabun susu kambing serta bahan tradisional turut dijual,” katanya. Bagi pengunjung wanita pula, katanya, pelbagai barangan keperluan dan pakaian seperti jubah, kain tudung, hiasan batu permata juga boleh didapati di pesta berkenaan. Surapon berkata, pesta yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Bahagian Wilayah Selatan dan Konsul Thai, Kota Bharu itu juga bagi merintis kerja sama perniagaan antara penduduk Selatan Thai dengan peniaga di negeri ini. Memandangkan gaya hidup dan cara pemakanan penduduk di negeri ini dan wilayah selatan Thailand yang tidak jauh bezanya, maka beliau yakin hubungan dua hala dapat diwujudkan, seterusnya mengembalikan kegemilangan perniagaan antara kedua-dua pihak. Klik disini untuk melihat peta (google map) bagi Dewan PPK Kota Bharu.
Vinspire Innovation
05/03/2011Pesta Thai 2011 di Kelantan akan diadakan di Gelanggang Seni Kota Bandar pada 4-8 May 2011.
Pesta Thai 2011 | | ejoeSolutions
04/05/2011[…] petang yang mana akan dirasmikan oleh tetamu kehormat dari Thailand dan juga Malaysia. Sebelum ini Pesta Buah-buahan dan Makanan Kegemaran Thai berlansung pada 21 – 25 Julai 2010 di tempat yang sama. CommentsPowered by Facebook […]