KIRA-kira 500 peserta Forum Perniagaan Budiman Asia (ABAF) 2012 bakal disediakan dengan teknologi tablet yang mengandungi teks pembentangan berbanding penggunaan kertas konvensional sebelum ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] teknologi tablet

Naib Presiden Pengkomersilan dan Usahasama, Cradle Fund Sdn Bhd, Johnathan Lee selaku penganjur forum terbabit berkata, ini adalah persidangan pertama yang mengaplikasikan sepenuhnya teknologi tablet berbanding persidangan yang diadakan sebelum ini di Singapura dan Shanghai, China.

“Kita memperkenalkan teknologi yang diterajui rakyat Malaysia iaitu Hybrinix Technology Sdn Bhd. Ia adalah tablet hasil buatan tempatan oleh syarikat teknologi di Pulau Pinang.

“Setiap tablet mempunyai program serta kertas kerja menggantikan fail kertas sekurang-kurangnya 200 hingga 300 muka surat. Selain itu sesi soal jawab ketika forum itu akan diajukan melalui tablet dan soalan yang mempunyai undian paling banyak akan dijawab terlebih awal,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro semalam.

Menurut Jonathan, persidangan itu akan diadakan selama tiga hari di hotel J W Marriot pada 23 hingga 25 Mei nanti menyaksikan penyertaan dari pelabur individu dan korporat tempatan dan antarabangsa.

“Kami amat teruja apabila Malaysia memenangi hak menjadi tuan rumah ABAF tahun ini. Pada forum kali ini menggabungkan beberapa penceramah dan ahli panel terbaik dari seluruh dunia yang berpengalaman untuk membantu pelabur.

“Selain itu, forum itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan mendidik pelabur individu berpotensi mengenai pelaburan ekuiti dalam perniagaan permulaan terutama sekali bagi bidang pelaburan ekuiti,” katanya.

Antara penceramah pada forum itu adalah pelabur budiman Eropah, Anthony Clarke, pelabur malaikat Eropah yang utama dan Presiden Persatuan Perdagangan Eropah untuk perniagaan budiman (EBAN), Brigitte Baumann.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *