DANA industri kreatif bernilai RM200 juta yang diperuntukkan dalam Bajet 2010 kini berbaki RM38 juta, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] industri kreatif

Beliau berkata, kerajaan turut memperuntukkan Geran Industri Kreatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) bernilai RM120 juta yang dikelolakan kementeriannya selain geran RM100 juta lagi untuk tempoh tiga tahun di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Geran Industri Kreatif

“Ini bermakna, terdapat RM320 juta boleh digunakan pengamal dalam industri kreatif untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Penyediaan peruntukan ini membuktikan kerajaan serius memajukan industri berkenaan yang dijangka terus menjadi penyumbang besar kepada pembangunan ekonomi negara dari semasa ke semasa,” katanya dalam ucapan sebelum melancarkan portal My1Content yang dibangunkan Telekom Malaysia Bhd (TM) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata, industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mampu menjana RM40 bilion setahun dengan disokong perkongsian antarabangsa.

“Daripada jumlah ini, sebanyak RM11 bilion setahun dijana industri kandungan kreatif,” katanya.

Portal My1Content

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzairani Mohd Isa berkata, My1Content adalah portal pasaran online bagi kandungan tempatan yang diwujudkan untuk membantu pemaju industri itu mengukuhkan kedudukan di negara ini, sekali gus membuka jalan untuk ke pasaran kandungan serantau serta antarabangsa.

“My1Content yang juga perkhidmatan kandungan utama pertama negara, menjadi hos pelbagai jenis kandungan kreatif yang dihasilkan di negara ini. Ia adalah platform yang membolehkan penyedia kandungan dan aplikasi berinteraksi dengan pembeli berpotensi serta golongan broker,” katanya. -hmetro

admin
admin