ADA banyak cara untuk berkongsi idea bagi mencapai matlamat membina bandar besar yang mapan, tetapi Siemens Malaysia memilih cara unik melalui pembangunan permainan video untuk mengatasi cabaran di kawasan bandar.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] SieMyCity 2

Pertandingan SieMyCity: Membina KL Ideal Anda yang diadakan baru-baru ini mengajak peserta, yang terdiri daripada mahasiswa tempatan, untuk membangunkan permainan video simulasi pengurusan terbaik bagi sebuah bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Siemens Malaysia, Prakash Chandran berkata, menjelang 2050, 70 peratus penduduk dunia dijangka menetap di bandar seperti Kuala Lumpur.

Menurutnya, bandar penting bagi pembangunan negara namun keburukan pembangunan dapat dilihat melalui bunyi bising, setinggan, pencemaran dan kesesakan trafik.

“Kami cipta pertandingan SieMyCity untuk ajak orang muda hari ini fikirkan mengenai kemapanan hari esok. Kami mahu peserta muda faham apa diperlukan bagi menyelesaikan cabaran sebenar bandar besar, seperti perubahan iklim.

“Pertandingan ini mengajak belia memindahkan penyelesaian mereka terhadap kemapanan bandar ke dalam satu platform yang menyeronokkan tetapi dalam masa sama boleh mendidik dan menyampaikan maklumat kepada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, peserta pertandingan itu perlu menumpukan konsep permainan di sekitar Kuala Lumpur untuk hasilkan permainan video yang menunjukkan dengan jelas kesan pembangunan mapan kepada masyarakat Malaysia.

Permainan itu perlu menyentuh keperluan untuk mengimbangi pembangunan dengan tahap pencemaran, menggunakan teknologi baru dan mengekalkan kepuasan penduduk sambil mengurus dana.

Pertandingan SieMyCity adalah kerjasama Siemens Malaysia, MyGameDev2020 iaitu projek permulaan di bawah Pemandu serta syarikat komputer gergasi, Microsoft dan disertai 11 pasukan dari lapan universiti tempatan. Peserta diberi  enam minggu untuk menghasilkan prototaip serta kertas cadangan permainan video mereka.

Pasukan The Rook dari Universiti Kebangsaan Malaysia memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu, diikuti Greenpeas, juga dari universiti sama. Tempat ketiga pula dimenangi pasukan Noedar dari Asia Pacific University.

Pemenang utama menerima tajaan penuh menyertai kursus singkat bagi kemapanan di Berlin, Jerman, dan semua pemenang turut menerima hadiah wang tunai dan peluang untuk membangunkan idea mereka menjadi permainan video sebenar. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *