Singapura/Hong Kong: Panggillah ia apa saja sama ada phablet, phonelet, tweener atau telefon pintar super namun telefon bimbit yang hampir sama dengan saiz tablet berbanding telefon pintar beberapa tahun lalu akan muncul semula.
[adsenseyu6] | ![]() |
Kejutan melanda tahun lalu apabila ia mencatatkan bilangan pengguna yang lebih ramai, pembuat telefon bimbit yang lebih banyak dan sedang membangunkan kandungannya.
Phablet
Dalam pada Samsung Electronics Co Ltd membuka laluan dengan peranti Galaxy Note keluarannya, kini pengeluar lain turut sama mengejar. Pada Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas minggu ini, gergasi telekomunikasi China, ZTE Corp dan Huawei Technologies Co Ltd akan melancarkan peranti keluaran masing-masing.
ZTE yang bekerjasama dengan pereka Itali, Stefano Giovannoni bagi ‘phablet’ Nubia dijadualkan akan melancarkan peranti Grand S bersaiz lima inci manakala Huawei akan mengeluarkan Ascend Mate dengan skrin 6.1 inci, menjadikannya sedikit kecil daripada tablet Kindle Fire keluaran Amazon.
“Pengguna sudah menyedari bahawa telefon pintar skrin hampir 5-inci bukanlah peranti yang rumit,” kata Joshua Flood, penganalisis kanan di ABI Research di Britain. – Reuters
Pengguna iPhone 5 guna lebih banyak data » ejoeSolutions
14/01/2013[…] juga mendapati telefon pintar, tablet dan gajet yang berukuran kecil, yang juga dikenali sebagai phablets mendapat sambutan menggalakkan sehingga melonjakkan permintaan kepada rangkaian mudah alih […]
ejoeSolutions Phablet LG Vu 3 lebih nipis » ejoeSolutions
28/09/2013[…] Vu 3, pesaing Galaxy Note 3 akhirnya secara rasmi diperkenalkan pada umum. Phablet itu memiliki skrin dengan rasio yang sama seperti model sebelumnya, yakni 4:3 namun dengan ukuran […]