NEW YORK: Permintaan yang tinggi terhadap iPad keluaran Apple dan pesaing seperti Kindle Fire Amazon menyuntik peningkatan terhadap penghantaran komputer tablet di seluruh dunia dan dijangka berkembang lebih pantas tahun ini.
![]() |
[adsenseyu7] |
Kumpulan penyelidik pasaran terkemuka, ICD berkata, penghantaran bagi tempoh tiga bulan terakhir 2011 lebih tinggi daripada yang dijangka.
Hasilnya, mereka meramalkan penghantaran 106 juta unit komputer tablet pada tahun ini sekali gus mengatasi ramalan hampir 88 juta unit sebelum ini.
Perangkaan terbaru itu mewakili peningkatan 54 peratus berbanding 69 juta unit yang dihantar pada 2011. – AP