KEMENTERIAN Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperluaskan program Kampung WiFi di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
[adsenseyu6] | ![]() |
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, SKMM sudah menyediakan kemudahan WiFi di 1,400 lokasi seluruh negara sehingga hari ini di kawasan luar bandar yang memudahkan penduduk mencapai perkhidmatan Internet.
Persidangan dan Pameran CommunicAsia 2012
“Seterusnya, SKMM akan menambah bilangan terbabit kepada 3,100 menjelang akhir tahun ini dalam usaha merapatkan jurang digital,” katanya kepada media sempena di Persidangan dan Pameran CommunicAsia 2012 di Singapura, semalam.
Menurutnya, kemudahan WiFi disediakan itu sebagai tambahan kepada pusat jalur lebar komuniti sedia ada yang ditempatkan di balai raya, pusat komuniti, pejabat penghulu dan ketua kampung seluruh negeri.
Kampung WiFi
Projek kampung tanpa wayar berkenaan memberi kemudahan kepada masyarakat setempat mengakses WiFi dari jarak antara 300 dan 500 meter dari pusat pemancar.
“Dengan adanya WiFi ini, masyarakat setempat termasuk pelajar akan lebih mudah melayari Internet di rumah tanpa perlu berada di pusat jalur lebar komuniti.
“Jurang kemudahan Internet antara kampung dan bandar kini dapat dikurangkan seiring dengan matlamat kerajaan ingin memastikan rakyat menikmati kemajuan disediakan,” katanya.
Dr Rais berkata, SKMM dari semasa ke semasa memantau kemudahan WiFi yang disediakan bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan memuaskan.
Menurutnya, dengan kemudahan disediakan, masyarakat akan semakin ghairah menggunakan Internet membabitkan pelbagai aktiviti seperti mengiklan produk, mendapat maklumat dan berhubung antara satu sama lain. -hmetro
Mohs Mokhtar Bin Che Man @ Che Nik
01/04/2013Macam mana cara nak memohon wifi kg.tampa wayar ni
ismail bin ramly
22/05/2013Permohonan wifi di dewan kg sengat kg kepayang ipoh perak
shait
11/02/2014Permohonan ktw di kampung tanah mawang balai ringgin serian sarawak.mcm mana nak mohon.harap bantu
maryatiyaakub96
09/02/2017permohonan lanjutan ktw di kampung sok matu, mukah, sarawak. mohon jasa baik tuan/puan
Josie Maclean
16/06/2017bagaimana mahu memohon KTW di kampung kami yang mana belum mendapat capaian line telepon yg jelas.iaitu kg.Inakaw sepulut,sabah.
khusairy
15/06/2020Bagaimana nak mohon wifi untuk kampung, sekarang anak² susah nak belajar tanpa tali internet