Kuala Lumpur: Penggunaan media sosial akan dipertingkatkan dalam mempromosikan perniagaan terutama dalam kalangan usahawan muda.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] media sosial

Penasihat Kanan bagi Program Keusahawanan Global untuk Jabatan Negara Amerika Syarikat Aparna Sain Jumaat berkata, promosi secara lebih aktif harus dilakukan untuk memastikan minat dan penerimaan pengguna terhadap produk serta perkhidmatan yang ditawarkan meningkat.

“Usahawan perlu memastikan gerakan siber kukuh yang membuat pengiklanan dan promosi secara menyeluruh melalui media sosial. “Ia memandangkan media sosial memang menjadi ‘permainan’ generasi muda,” katanya yang menjadi salah seorang panel sesi ‘Social Media and Beyond’ pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Ke-4 (GES) di sini, baru-baru ini.

Pendapat itu turut disokong dua panel lain yang juga syarikat pemula, Ketua Pegawai Eksekutif Ribbon, Hany Rashwan dan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Qabila Media Productions, Perihan Abouzeid.
Menurut Rashwan pula, bilangan pengikut menerusi media sosial yang ramai tidak memberikan impak sebenar kepada perniagaan tanpa komunikasi baik antara dua pihak.

“Ia adalah faktor penting untuk berhubung dengan pelanggan menerusi media sosial berbanding memiliki beribu-ribu pengikut di Facebook tetapi tidak berkomunikasi dengan kerap,” katanya.

Sementara itu, Abouzeid pula berkata syarikat perlu mengetahui media sosial yang sesuai untuk perniagaan mereka sebelum berhubung dengan pelanggan. “Kumpulan sasar yang berbeza memerlukan media sosial berlainan,” katanya. -mymetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *