1MACHINE Systems Sdn Bhd (1Machine Systems), syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan Internet memperkenalkan perisian pertama berlandaskan digital syariah yang diberi nama Perisai dengan menyasarkan jualan bernilai RM20 juta menjelang akhir tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] perisai

Pengarah Pemasarannya, Feizal Badli berkata, sistem keselamatan dinamakan ‘Perisai’ itu adalah hasil pembangunan bersama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan CyberSecurity Malaysia membabitkan 12 pakar teknologi maklumat (IT).

Beliau berkata, pembangunan sistem keselamatan itu turut mendapat nasihat daripada Jabatan Mufti Selangor bagi memastikan ia dihasilkan berlandaskan digital syariah kerana urusannya melalui proses akad jual beli.

Kelebihan Perisai

“Kelebihan Perisai ialah sistem keselamatan ini dibangunkan syarikat Islam dan dijamin berbanding pengeluar sistem keselamatan antarabangsa yang didominasi masyarakat bukan Islam.

“Penggunaan sistem pertahanan Internet antarabangsa boleh mendedahkan kepada risiko ancaman terutama sabotaj dalam perang siber selain risiko pemindahan data tanpa kebenaran ke luar negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, program yang sedang menjalani ujian peringkat akhir turut mendapat sokongan Taman Teknologi Malaysia membabitkan kos awal pembangunannya menelan RM3 juta dan pihaknya sudah membuat pembentangan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia serta beberapa pihak lain di dalam negara. Feizal berkata, beberapa negara Islam di Timur Tengah serta Afrika menunjukkan minat dan pihaknya sedang berusaha mewujudkan rangkaian pengedaran di Uzbekistan, Kazakhstan, Russia dan beberapa negara Arab lain.

“Kami menjangka melancarkan Perisai Uzbekistan pada 10 Mei ini manakala di Turki pada 10 Jun depan. Kami juga akan membuat pelancaran produk ini di Singapura dan Jakarta dalam tempoh terdekat,” katanya. -hmetro

admin
admin

1 Comment

  1. abbyamir sapie
    02/07/2014

    Tak wujud pon antivirus nie?

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *