Kuala Lumpur: Polis akan membangunkan sistem laporan serta status kes secara online di Internet untuk membolehkan pengadu mendapat akses lebih mudah dan cepat menjelang September depan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] status kes secara online

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Bukit Aman Komisioner Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pada peringkat awal, projek itu akan dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sebelum diperluaskan ke seluruh negara, selain pihaknya masih meneliti keberkesanan sistem itu. “Kita (polis) mahu memudahkan orang ramai membuat laporan dan mengadu maklumat kepada polis hanya melalui Internet.

“Begitupun, kita masih meneliti meneliti beberapa perkara dan pada peringkat awal nanti bukan semua kes boleh dilaporkan secara online (talian), kita akan kenal pasti perkara itu.

“Selain itu, kita membangunkan satu sistem yang membolehkan pengadu mengetahui perkembangan siasatan laporan membabitkan mereka.

Seminar Kesedaran Penipuan Pelaburan Dalam Perniagaan peringkat Kebangsaan

“Kita akan beri kata laluan kepada mereka yang membuat laporan polis dan mereka boleh mengakses sistem itu bagi mengetahui perkembangan siasatan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Penipuan Pelaburan Dalam Perniagaan peringkat Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Bernama, Wisma Bernama, di sini, semalam.

Seminar sehari itu dianjurkan bersama Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia dengan kerjasama PDRM, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM).

Turut hadir Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya dan ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Sementara itu, Ayub berkata, sepanjang tahun lalu polis menerima laporan sebanyak 351 kes berkaitan penipuan perniagaan membabitkan kerugian bernilai RM100 juta. “Empat bulan pertama tahun ini, polis menerima 95 kes dengan jumlah kerugian RM15 juta. Kebanyakan kes membabitkan penipuan Internet dengan rata-rata mereka yang ditipu adalah golongan berpendidikan dan profesional,” katanya.

Dalam pada itu, Ayub yang juga bekas Pengerusi Urusetia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bukit Aman dilantik menerajui Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah yang baru diperkenalkan tahun ini, berkuatkuasa kelmarin.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?