KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun. Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] penulis blog

“Blog saya pernah mencapai jumlah tertinggi kira-kira RM12,000 sebulan” kata Mira Abu Bakar, pemilik blog Redmummy.com Blogger yang berasal dari Machang, Kelantan ini menambah, walaupun telah membuktikan blog boleh menjana pendapatan tinggi tetapi ia memerlukan komitmen berterusan daripada penulis blog apatah lagi yang masih baru.

Penulis blog perlu isytihar perolehan online kepada LHDN

Ramai pengendali blog di negara ini tidak mengetahui mereka sepatutnya dikenakan cukai pendapatan melalui aktiviti itu walaupun ia dilakukan secara sampingan.

Perkara itu diakui beberapa pengendali blog yang pernah menerima arahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengisytiharkan pendapatan hasil keuntungan kegiatan melalui online.- BERITA MINGGU

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *