Putrajaya: Pengeluar komputer peribadi perlu melaksanakan peranan mereka dalam mengawal isu perisian cetak rompak dan ancaman ‘malware’ berikutan penjualan komputer ‘kosong’ iaitu tanpa dibekalkan sistem operasi original (OS).

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] sistem operasi original

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, selain itu, perisian cetak rompak dan ancaman ‘malware’ berkenaan boleh berlaku melalui penjualan komputer yang dibekalkan OS percuma, tetapi tidak selamat.

Menurutnya, penjualan komputer seperti itu mendorong peniaga memuat naik salinan tiruan perisian atau menggalakkan pengguna mendapatkan perisian melalui video cakera padat digital (DVD) tiruan.

“Berdasarkan aduan daripada pengguna, sebahagian daripada komputer peribadi berjenama yang dijual turut memasang perisian tiruan, sekali gus mendedahkannya kepada ancaman ‘malware’ kerana sistem keselamatan yang lemah,” katanya. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *