LONDON – Pengguna iPhone 5 memperlihatkan penggunaan data luar biasa di Eropah – empat kali lebih tinggi berbanding iPhone 3G. Firma analisis data mudah alih, Arieso telah menilai sejuta pengguna telefon pintar rangkaian 3G di Eropah selama 24 jam untuk mengetahui permintaan data.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] iphone 5

Mereka juga mendapati telefon pintar, tablet dan gajet yang berukuran kecil, yang juga dikenali sebagai phablets mendapat sambutan menggalakkan sehingga melonjakkan permintaan kepada rangkaian mudah alih 3G. Aplikasi iPhone 5 dilancarkan pada September lalu.

iPhone 5 guna lebih 50% data

“Seorang pengguna iPhone 5 diibaratkan seperti empat orang pengguna iPhone 3G,” kata seorang penulis, Michael Flanagan dalam satu temu bual, dipetik Reuters.Kajian juga mendapati, pengguna iPhone 5 memerlukan 50 peratus lebih banyak data berbanding pengguna iPhone 4S iaitu gajet yang paling mendapat sambutan tahun lalu.

Jumlah data yang dimuat naik ke laman sosial juga meningkat satu per enam berbanding jumlah data yang dimuat turun berbanding tahun lalu. Sementara itu, telefon pintar Samsung Galaxy SIII juga meningkat dari segi penggunaan data dan berada pada kedudukan lima teratas daripada purata data yang dimuat naik seperti posting gambar melalui akaun Facebook. -sinar

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *