SAN FRANCISCO — Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang memutuskan untuk meninggalkan syarikat selepas hampir dua dekad menerajuinya.

yahoo

Keputusan mengejutkan itu diumumkan semalam, hanya dua minggu selepas Yahoo Inc mengambil bekas eksekutif PayPal, Scott Thomson sebagai ketua pegawai eksekutifnya.

Washington Post memetik laporan media berkata, Yang melahirkan sokongan ke atas Thompson dalam keputusannya mahu meninggalkan lembaga pengarah Yahoo.

Beliau menganggotai lembaga pengarah sejak ia ditubuhkan pada 1995.

Yang juga meletakkan jawatan dari lembaga Alibaba Group dan Yahoo Japan. Yahoo sedang mengadakan perundingan untuk menjual pegangan di kedua-dua syarikat itu.

Selain itu, Yang juga akan melepas gelatan sebagai “ketua Yahoo.”

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *