SINGAPURA: Malaysia diiktiraf di rantau ini sebagai pengamal atau pemain dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT Malaysia yang penting, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] ict malaysia

“Daripada pameran komunikasi dan juga penyiaran diadakan di Singapura pada hari ini (semalam) khasnya dan beberapa hari amnya, kita dapat melihat Malaysia juga mempunyai peranan diiktiraf rantau ini sebagai pengamal atau pemain dunia ICT yang penting.

“Kita dapati apabila Menteri Komunikasi, Penerangan dan Seni Singapura, Dr Yaacob Ibrahim melihat beberapa jendela pembangunan Malaysia, beliau mendapati bahawa negara kita sama dengan negara membangun dalam erti kata pencapaian yang amat menitik berat berhubung dengan kehidupan rakyat,” jelas Rais.

Beliau berkata demikian selepas menyertai delegasi Forum Menteri-menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi, termasuk Yaacob melawat pavilion CommunicAsia 2012 di Marina Bay Sands Exhibition Centre di sini, semalam.

“Kita dapat menarik perhatian menerusi bekalan kemudahan komunikasi di kampung di bawah program Kampung Wifi.

“Setakat ini 1,400 kampung sudah kita laksanakan program itu menarik perhatian kebanyakan pihak dan ini membanggakan kita,” kata Rais. Katanya, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memaparkan beberapa kisah pembangunan yang membanggakan untuk rakyat.

Kampung Wifi

Seperti kaum wanita di Sabah dan beberapa nelayan serta mereka yang duduk di kawasan pedalaman serta dibekalkan Kampung Wifi, mereka dapat memasarkan beberapa produk yang meningkatkan pendapatan mereka.

“Paparan itu menjadi bukti kepada dunia luar dan masyarakat bahawa ICT di Malaysia berkaitan dengan pembangunan dan kehidupan rakyat sendiri,” kata Rais.

Sebelum itu, Rais menghadiri majlis pembukaan rasmi CommunicAsia 2012 oleh Yaacob yang mana 19 syarikat ICT termasuk Mimos mengambil bahagian dalam pameran komunikasi dan penyiaran yang berlangsung bermula semalam hingga 22 Jun ini. – BERNAMA

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *