Anugerah ICT NEF-Awani kini kembali lagi untuk tahun ketiga! Kali ini, Anugerah ICT NEF-Awani 2012 dianjurkan oleh Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) dan Astro Awani disokong oleh New Entrepreneurs Foundation (Yayasan Usahawan Baru).

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6]  anugerah ict nef awani

Penyertaan pencalonan bagi Anugerah ICT dan Anugerah Pilihan Ramai secara rasminya dibuka bermula 27 Disember 2012 dan berakhir pada 18 Januari 2013. Objektif anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan meningkatkan lagi nilai syarikat ICT dan Kreatif Bumiputera. Ia juga direka untuk menunjukkan kepada orang awam akan kewujudan syarikat Bumiputera yang berkebolehan. NEF berharap agar Anugerah ini dapat memberikan inspirasi kepadaTeknopreneur untuk melakukan yang terbaik justeru menggalakkan orang lain untuk menjadi Teknopreneur juga. Terdapat tujuh kategori bagi Anugerah ICT.

Anugerah ICT NEF-Awani ICT 2012 – Kategori Anugerah ICT

  1. Perisian Terbaik
  2. Penyelesaian ICT Terbaik Untuk SME’s
  3. Animasi/Permainan Terbaik
  4. Aplikasi/Kandungan Telefon Mudah Alih & Media Baru Terbaik
  5. Teknopreneur Muda / Startup Terbaik
  6. Perniagaan e-Dagang Terbaik
  7. Teknopreneur Wanita Terbaik

 

Manfaat Finalis & Pemenang

Apa yang membezakan finalis bagi setiap kategori berbanding Anugerah ICT yang lain adalah hakikatnya finalis mendapat pendedahan dimana syarikat mereka diperlukan oleh industri. Setiap finalis akan dapat MANFAAT melalui penyertaan dalam Anugerah ICT NEF-Awani seperti:

  • Pendedahan media melalui Rakan-rakan Media Rasmi (cetak, penyiaran dan dalam talian) bernilai RM 300,000
  • Pengiktirafan daripada pemimpin Industri ICT dan Kreatif dan juga Persatuan
  • Sesi bengkel media oleh tenaga pengajar yang berpengalaman bernilai RM60,000 dan ditaja oleh NEF
  • Hak untuk menggunakan logo Anugerah. (Pemenang sahaja)
  • Sebagai platform dan penanda aras untuk produk dan perkhidmatan mereka
  • Pendedahan kepada peluang pelaburan, pemodal teroka dan pelabur

Untuk maklumat lanjut, sila ke Laman Web NEF. Anda boleh membuat pencalonan dengan klik  Borang Penyertaan. (Sila hubungi 03-77222706 untuk bantuan)

Jangan lepaskan peluang untuk sertai kami di ‘Facebook page NEF-Awani ICT Awards’

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *