KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terharu dan berterima kasih dengan sokongan rakyat terhadap laman sosial Facebooknya dengan peminat berdaftar mencecah lebih satu juta orang semalam.
[adsenseyu6] | ![]() |
Jumlah itu menjadikan beliau pemimpin dan ahli politik pertama yang memiliki jumlah peminat paling ramai di laman rangkaian sosial tersebut di rantau ini.
Facebook Najib 1 juta
Dalam entri terbarunya di Facebook, Najib berkata: “Saya terharu mengetahui rakan Facebook telah mencecah 1 juta orang. Terima kasih. Saya akan terus berinteraksi bersama-sama rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda!”
Pencapaian Najib yang boleh dianggap membanggakan itu berikutan usaha beliau mendekati rakyat di peringkat akar umbi dengan menggunakan kemudahan teknologi seiring dengan perkembangan semasa.
Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan akan meraikan peminatnya yang ke-1,000,000 dan pengikut yang ke-500,000 di laman Twitter dalam sebuah majlis minum petang.
Pada ketika berita ini ditulis, peminat Najib di laman Facebook adalah seramai 1,000,189 orang. – Bernama
Media baru cabaran sebenar parti dalam PRU13 - ejoeSolutions
12/05/2012[…] Keghairahan Najib dalam mendekati warga Internet terus tergambar apabila pagi tadi beliau bersarapan bersama pengikut laman blog mikro Twitter beliau yang ke-500,000 di Bangsar. Beliau sebelum ini turut menyampaikan rasa terharunya apabila bilangan ‘like’ di laman Facebook beliau melepasi 1 juta orang. […]
Peminat facebook Tok Guru Nik Aziz kini 664,000 - ejoeSolutions
25/05/2012[…] ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terharu dan berterima kasih dengan sokongan rakyat terhad… […]