KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines telah mencapai satu juta peminat Facebook. Pencapaian ini membolehkan syarikat penerbangan itu mengukuhkan lagi tapaknya dalam lingkungan media sosial, kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan di sini.
[adsenseyu6] | ![]() |
Dengan pengenalan kandungan tempatan untuk laman Facebooknya di 17 negara utama bermula April 2013, berserta penampilan penyanyi/penulis lagu Yuna sebagai duta media sosialnya, perjalanan Malaysia Airlines dalam media sosial telah menyaksikan satu pertumbuhan luar biasa.
Laman Facebook Malaysia Airlines
Laman Facebooknya telah menyaksikan kenaikan besar jumlah peminat dari tempoh April hingga Oktober tahun ini, dengan lebih 600,000 peminat global baharu. Indonesia mendahului dengan kenaikan empat kali ganda.
Bagi memperingati kejayaan penting ini, Yuna bersama-sama krew kabin Malaysia Airlines telah dipaparkan di dalam video khas sebagai penghargaan kepada peminat seiring dengan kempen ‘Journeys Are Made By The People You Travel With’.
Video itu akan dikongsi di keseluruhan aset media sosial dan ia akan mengetengahkan lagu terbaru Yuna “I Wanna Go’ yang diterbitkan di AS dengan merangkumkan semangat perjalanan mengagumkan. Video itu juga akan digunakan di dalam semua kempen sosial Malaysia Airlines.
“Kami telah meletakkan media sosial di barisan hadapan pemasaran kami. Mengembangkan pelibatan bersama-sama peminat seluruh dunia telah menyumbang dengan ketara kepada kejayaan pemulihan perniagaan kami,” kata Khairul Syahar Khalid, Ketua Pengiklanan dan Promosi Malaysia Airlines.
“Media Sosial ialah satu perbatasan baharu untuk pemasaran dan sekiranya dilihat pada banyak jenama yang ditemui, menggunakan media sosial memang berbaloi.” – Bernama