Program ini adalah untuk memperkenalkan produk antivirus terbaru yang memasuki pasaran Malaysia iaitu Antivirus TrustPort. Selain itu juga, program ini turut memberitahu pengedar utama TrustPort iaitu East Computech System Sdn Bhd. Selain TrustPort, East Computech System Sdn Bhd juga menjadi pengedar utama bagi antivirus Kaspersky dan Quick Heal.
[adsenseyu6] | ![]() |
Tarikh : 21 Februari 2011
Tempat : Hotel New Pacific
Masa : 2.30 petang
Program ini diwakili oleh 2 orang wakil dari Crest Alpha Sdn Bhd yang merupakan pengedar utama antivirus di Malaysia. Selain itu juga. Program ini juga dihadir oleh Pengurus Besar ICT Incubator Centre Sdn Bhd iaitu En. Ridzuan Sidek dan Pengurus East Computech System Sdn Bhd. Program ini turut dihadiri seramai 15 orang yang dihantar oleh organisasi mereka serta individu.
Program ini dimulai dengan ucapan dari Pengurus Besar ICT Incubator Centre Sdn Bhd dan dituruti oleh Pengurus East Computech System Sdn Bhd. Selepas itu disambung dengan wakil dari Crest Alpha Sdn Bhd dengan memperkenalkan TrustPort serta kelebihannya. Selepas itu diikuti dengan Kaspersky dan Quick Heal.
Majlis ini berakhir sekitar jam 4 petang. Hadirin semua dijemput menjamu selera makanan yang telah disediakan oleh pihak penanjur.
Senarai pengedar dan penjual Antivirus TrustPort Kelantan
Selain East Computech, pengguna juga boleh mendapatkan antivirus ini di kedai-kedai komputer Kota Bharu dan sekitarnya.