Pelajar IPT guna beberapa laman blog, forum untuk iklan tawaran jual BB1M

PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.

[adsenseyu6] baucer buku 1malaysia

Tinjauan Berita Harian mendapati beberapa laman blog dan forum internet, termasuk Facebook dan mudah.com.my, digunakan pelajar untuk mengiklankan tawaran menjual BB1M yang sah laku selama tiga bulan sehingga 31 Mac ini.

Antara iklan ditemui adalah:

  • Saye tak menggunakan baucar ni… saye lebih memerlukan duit dari menggunakan baucar ini. so, kepada sesiapa yang berminat dengan Baucar Buku 1Malaysia yang berjumlah rm200, saye ingin menjual baucar ini dengan harga rm180 tunai. Harge boleh kurang lagi. Nego. Tarikh luput baucar adalah 31/3/2012… contact me 01X- XXX XXXX’.
  • Price: RM150. I don need the 1 Malaysia voucher, hereby I offer the 4 vouchers for only RM150. Voucher can be use at any bookstores include XXXXX bookstore. Price include postage delivery.
  • Want to sell book voucher worth RM200 for RM190.

Wartawan yang menghubungi tiga pelajar IPT tempatan semalam dengan alasan untuk membeli baucar yang diiklan, dimaklumkan sudah menjual baucar masing-masing, tetapi memberitahu ada ramai lagi rakan yang mahu menjual baucar jika ada yang masih berminat.

Ada juga pelajar yang sanggup menghantar baucar melalui pos selepas bayaran dibuat dengan mendeposit kadar yang dipersetujui ke dalam akaun bank mereka.

Dalam pada itu, dua pelajar yang dihubungi sanggup mengurangkan harga sehingga RM140 bagi empat baucar berbanding nilai keseluruhan RM200. Seorang daripadanya turut menawarkan potongan harga lebih menarik berdasarkan berapa banyak baucar yang mahu dibeli.

Ada antara mereka mendakwa pelajar tahun akhir pengajian dan tidak memerlukan sebarang buku lagi, manakala yang lain memberi alasan kerana sudah membeli semua buku diperlukan lebih awal.

Ditanya sama ada sebarang pengesahan diperlukan apabila menggunakan BB1M, pelajar terbabit berkata, seseorang hanya perlu mengisi butiran nama dan nombor kad pengenalan apabila mahu membeli buku di kedai terpilih.

Sebelum ini ada laporan pelajar menggunakan BB1M yang diberikan kerajaan yang sepatutnya untuk membeli buku ilmiah, membeli bahan bacaan lain selepas berkomplot dengan penjual buku.

Awal bulan ini, ketika BB1M mula diagihkan, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa, berkata kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku dicetak RM50 setiap satu. -bharian

admin
admin

2 Comments

  1. Siasat jual Baucar Buku 1Malaysia di laman sosial - ejoeSolutions
    24/01/2012

    […] ini tidak ramai, tetapi ia memalukan mahasiswa di negara ini,” katanya. Terdahulu terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan BB1M daripada kerajaan bertindak menjualnya di laman sosial…. Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan amaran berhubung dengan kegiatan itu, dan akan […]

  2. Polis siasat jual baucar buku 1Malaysia - ejoeSolutions
    25/01/2012

    […] itu menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang menjual atau melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) menerusi internet. -bharian CommentsRelated Posts   Siasat jual Baucar Buku 1Malaysia di laman sosial   […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *