PENERAJU pembayaran atas talian, PayPal sasarkan pertumbuhan perniagaan atas talian meningkat tahun ini berbanding 29 peratus tahun lalu, berikutan pertumbuhan meningkat di rantau Asia.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Pengurus Negara PayPal Malaysia dan Thailand, Audrey Ottevanger berkata, PayPal menjangkakan peningkatan kerana peluang pendapatan global terbuka luas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, pertumbuhan positif eksport atas talian di Asia.
Tahun lalu, pasaran eksport PayPal Malaysia menunjukkan pertumbuhan terpantas sebanyak 96 peratus, India 78 peratus, China 58 peratus, Indonesia 56 peratus dan Hong Kong 55 peratus.
“Permintaan antarabangsa yang semakin meningkat ini adalah mesej jelas kepada perniagaan dalam negara supaya mencuba pendekatan baharu dalam meningkatkan jualan dengan mengembangkan perniagaan melangkaui sempadan.
“PayPal menghubungkan pedagang tempatan besar mahupun kecil dengan 143 juta pengguna aktif PayPal di 193 pasaran di seluruh dunia,” katanya.
Selain itu tinjauan Rentas Sempadan PayPal 2013 mendapati eksport atas talian dari Malaysia menggunakan platform pembayaran global PayPal menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan 29 peratus tahun demi tahun.
PayPal melicinkan perdagangan global dan memproses lebih sembilan juta pembayaran setiap hari dan PayPal memproses pembayaran mudah alih bernilai RM88.22 bilion (AS$27 bilion) pada 2013. -sinarharian
