SAN FRANCISCO – American Express memperkenalkan perkhidmatan pay by tweet,  yang pertama menggunakan platform Twitter, bagi membolehkan pemegang-pemegang kadnya membeli produk hanya dengan menghantar pesanan ringkas.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Pay by tweet

Integrasi mekanisme pembayaran ke Twitter itu merupakan salah satu percubaan yang disifatkan bercita-cita tinggi untuk membina jaluran e-dagang secara langsung ke laman media sosial. Dipetik CNN, Ketua Unit Kerjasama Digital dan Pembangunannya, Leslie Berland berkata, America Express kini berada dalam fasa peralihan tweet ke dalam transaksi sebenar.

Pay by Tweet

“Kami mula berubah kepada penggunaan ‘tweet’ dalam urusan transaksi sebenar,” kata Berland. “Untuk kali pertama, pengguna Twitter boleh respons kepada tawaran barangan ataupun perkhidmatan dan membuat pembelian tanpa meninggalkan laman Twitter.

“Di bawah perjanjian itu, pengguna yang menghubungkan akaun Twitter mereka dan Amex akan menerima tawaran daripada peniaga dengan menaip hashtag (#) dalam tawaran itu dengan syarat penggunan juga perlu tweet pengesahan mesej dari Amex,” katanya.

Ketika ini, respons aplikasi e-dagang dilihat perlahan di rangkaian sosial lain apabila peruncit yang menggunakan kehadiran mereka di Facebook untuk merangsang transaksi menunjukkan keputusan yang mengecewakan. Twitter sendiri pernah cuba menawarkan aplikasi yang dikenali sebagai Twitsclusives’ di mana peruncit mengemukakan kod diskaun kepada pengguna dan mereka boleh menggunakannya apabila membeli-belah.

Bagaimanapun, aplikasi ini tidak digunakan secara meluas. Sementara itu, syarikat-syarikat seperti Facebook telah mengenal pasti aplikasi e-dagang sebagai sumber penting baru perniagaan dalam jangka masa panjang, walaupun ia tidak jelas sama ada mereka akan dapat untung secara langsung dalam urus niaga itu.

Berland menambah, Twitter sendiri tidak akan berkongsi apa-apa hasil urus niaga atas penggunaan Amex. “Ia adalah semua teknologi Twitter yang dibina di atas platform mereka,” katanya lagi. Bagaimanapun katanya, Twitter boleh mendapat manfaat daripada meningkatkan iklan pada aplikasi e-dagang melalui penghantaran “tweet” yang lebih kerap sebagai hebahan tawaran. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *