PENGENDALI laman Smart Online Travel Assistant (Sota), Creative Advances Technology Sdn Bhd (CAT) menyasarkan 100,000 pelawat dalam talian bagi Pameran Pelancongan Maya (VTF) ke-6 pada 1 Oktober hingga 10 Oktober depan.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Pegawai Eksekutif CAT Rohizam Md Yusoff berkata, VTF sebelum ini menawarkan pakej dari 150,000 hotel di seluruh dunia dan kali ini turut menawarkan tempahan tiket penerbangan.
“Kami mahu membolehkan orang ramai membeli tawaran pelancongan terbaik tanpa perlu mencarinya, tetapi tawaran itu yang datang kepada mereka.
Aplikasi Pameran Pelancongan Maya (VTF)
“Bagi VTF kali ini juga, orang ramai boleh memuat turun aplikasi VTF di peranti Android mereka untuk menerima notis bagi promosi yang ditawarkan dalam pameran ini,” katanya semasa pelancaran pameran itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran CAT Joanna Liao berkata, pameran unik itu diadakan dua kali setahun dan kali ini, lebih banyak produk dan tawaran boleh didapati daripada agensi pelancongan, hotel dan syarikat penerbangan Qatar Airways dan Emirates Airline.
“Apa yang kami lakukan adalah menyediakan platform untuk menghubungkan penjual produk dengan pengguna,” katanya.
Pengguna yang ingin mendapatkan promosi pelancongan menarik boleh melayari laman www.virtualtravelfair.com untuk melihat tawaran sepanjang tempoh pameran maya itu. -sinarharian
