ISLAMABAD: Pakistan menyekat akses ke laman Twitter beberapa jam Ahad lalu kerana kandungan bahan yang menghina Islam, kata seorang pegawai, semalam.
[adsenseyu6] | ![]() |
Bagaimanapun, perkhidmatan berkenaan kembali normal 12 jam kemudian.
Kerajaan tidak menyatakan pengguna atau mesej yang menyebabkan sekatan terhadap laman sosial itu dilakukan atau mengapa ia dibenarkan beroperasi semula dalam masa yang singkat.
Sebarang lukisan yang didakwa Nabi Muhammad (SAW) dianggap tidak Islamik dan penghinaan terhadap Islam, agama majoriti penduduk Pakistan.
Sekat Facebook, Twitter & Youtube
Pakistan menyekat akses ke Facebook pada Mei 2010 selama dua minggu kerana laman itu menganjurkan pertandingan melukis wajah Nabi Muhammad (SAW).
Twitter, YouTube dan kira-kira 1,000 laman lain juga pernah disekat kerana mengandungi bahan yang menghina Islam.
Persatuan Perkhidmatan Internet Pakistan berkata, anggotanya diminta menyekat sama sekali Twitter tetapi tidak ada alasan diberikan.
Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik, pengguna aktif Twitter berkata pada laman itu malam Ahad lalu, beliau bertindak campur tangan dan meminta perdana menteri mengarahkan sekatan itu ditarik balik. -hmetro