PACKET One Networks (M) Sdn Bhd (P1) bersedia memasuki fasa Protokol Internet versi 6 (IPv6) bagi menghadapi kehabisan Internet IPv4 menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Lai berkata, syarikatnya sudah menyelesaikan fasa kedua daripada tiga fasa pelaksanaan pematuhan dan sudah mempersiapkan operasinya sejak beberapa bulan lalu.
“Fasa ketiga berada di peringkat akhir dan sudah bersedia untuk penggunaan pengguna akhir bagi sistem operasi IPv6 yang dijangka berkembang lebih 340 bilion alamat.
“IPv6 diperlukan untuk menyokong pertumbuhan penggunaan Internet yang pantas dan perkembangan produk tanpa wayar, perkhidmatan berkualiti, ciri keselamatan terbina, pergerakan lebih bebas dan keperluan bagi mewujudkan lebih banyak alamat IP untuk mempermudah penggunaan lebih luas,” katanya dalam kenyataan. -hmetro