PENYEDIA perkhidmatan rangkaian generasi keempat (4G), Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) sudah menaik taraf 60 peratus rangkaian di kawasan liputannya untuk memastikan akses Internet pantas oleh pengguna.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua Pegawai Teknologinya, Ti Lian Seng berkata, naik taraf rangkaian terbabit membolehkan syarikatnya menumpukan usaha menarik pengguna mengenali teknologi rangkaian 4G yang berkualiti tinggi bagi sambungan Internet.
“Kami akui sebelum ini mengalami beberapa masalah berkaitan capaian rangkaian tapi ia berjaya diatasi secara berperingkat,” katanya dalam temuramah eksklusif bersama Bisnes Metro, baru-baru ini.
P1 sasar 65% jalur lebar
P1 menyasar 65 peratus liputan jalur lebar di negara tahun ini dengan memiliki 2,500 stesen pangkalan menjelang Disember. “Sejajar dengan sasaran itu, kami mengguna pakai aplikasi rumusan teknologi baru yang menguruskan trafik rangkaian di seluruh kawasan liputan.
“Contohnya, terdapat kawasan yang ditanda sebagai sesak seperti Petaling Jaya, tapi dengan pengurusan trafik baru, kami akan menilai sambungan Internet sebelum memberikan akses lebih baik,” katanya.
Ti berkata, pengurusan trafik baru juga membolehkan kemas kini terbaik bagi menawarkan akses liputan mengikut masa penggunaan tertentu yang direkodkan.
“Waktu puncak berbeza mengikut kawasan, oleh itu pengurusan trafik akan memberi perhatian kepada aliran yang dilakukan secara automatik. “Tujuannya bagi membolehkan akses Internet lancar dan mengikut kapasiti seperti yang dijanjikan kepada pengguna,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, P1 bakal menawarkan harga pelan lebih kompetitif pada tahun ini. “Harga pelan memainkan peranan penting dan ia antara faktor kami usahakan bagi menarik lebih ramai pengguna tahun ini sesuai dengan rangkaian yang stabil di seluruh negara,” katanya.
Beliau turut memberi jaminan perkhidmatan pelanggannya akan diperkemas bagi memberi kepuasan kepada pengguna yang memerlukan bantuan. “Kami tidak lagi menumpukan kepada masalah rangkaian semata-mata, tapi turut mementingkan perkakasan yang digunakan pelanggan bagi menawarkan ekosistem terbaik untuk pengalaman jalur lebar mereka,” katanya.
Sementara itu, Ti turut memaklumkan, rangkaian menggunakan keseluruhan ekosistem teknologi Evolusi Jangka Panjang (TD-LTE) di Malaysia berada di landasan betul selepas menjalin kerjasama dengan China Mobile bagi membangunkan prasarananya.
“Kerjasama dua syarikat ini iaitu P1 dan China Mobile, meyakinkan kami bahawa TD-LTE adalah masa depan untuk jalur lebar mudah alih dan P1 merancang peralihan rangkaian WiMAX kepada WiMAX/TD-LTE menjelang pertengahan tahun 2012,” katanya.
ejoeSolutions P1 WiMAX sasar 2,500 stesen pangkalan - ejoeSolutions
14/09/2013[…] P1 adalah anak syarikat Green Packet Berhad yang menawarkan perkhidmatan rangkaian 4G dengan jumlah 356 ribu pelanggan hingga kini. Beliau berkata, syarikatnya kini berusaha menyiapkan 400 stesen pangkalan baru menjelang akhir tahun ini yang dianggarkan bernilai RM100 juta bagi memantapkan liputan seluruh negara. […]