PACKET One Networks (M) Sdn Bhd (P1), pelopor perkhidmatan mudah alih 4G di Malaysia, akan melabur antara RM750 juta hingga RM900 juta untuk perbelanjaan modalnya (Capex) bagi melaksanakan pelan Evolusi 2.0 syarikat dalam tempoh tiga tahun.

[adsenseyu6] jalur lebar p1 wimax

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Lai berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan membelanjakan antara RM250 juta hingga RM300 juta setahun bermula tahun ini.

“Pelan Evolusi 2.0 P1 membabitkan penekanan terhadap tiga bidang utama iaitu pertama, menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia dan antara beberapa di dunia yang menawarkan gabungan perkhidmatan premium di lokasi tetap dengan keselesaan jalur lebar tanpa wayar 4G, kedua, menjadi peneraju evolusi jangka panjang 4G (TD LTE) dan ketiga, menghubungkan jurang perniagaan.

“Bagi memulakan pelan ini, kami akan memperkenalkan perkhidmatan gabungan jalur lebar gentian optik beserta perkhidmatan tanpa wayar akhir bulan ini,” katanya ketika menyampaikan taklimat media mengenai Evolusi 2.0 P1 di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga bercadang untuk menambah antara 4,000 hingga 5,000 stesen pangkalan milik syarikat menjelang 2015.

“Menjelang akhir tahun ini, kami menjangkakan akan mempunyai 2,300 tapak. Kebanyakan stesen pangkalan P1 mempunyai teknologi dwimod 4G WiMAX dan TD LTE yang dibina untuk saling melengkapi dan lambat-laun membuka jalan kepada peralihan sistematik ke TD LTE yang lebih canggih,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, syarikat yakin untuk menarik sejuta pelanggan pada penghujung 2014.

“Pada masa ini, kami mempunyai kira-kira 400,000 pengguna dan menjangkakan mampu menarik lebih 500,000 akhir tahun ini dan seterusnya 750,000 tahun depan,” katanya.

Menurutnya, P1 akan menumpukan usaha untuk membantu syarikat perniagaan di negara ini menjadi lebih cekap, produktif dan lebih menguntungkan dengan meluaskan tawaran kepada pasaran perniagaan, lebih-lebih lagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *