BELI belah secara dalam talian atau online shopping sudah menjadi fenomena sejak lima tahun kebelakangan ini, namun jika memilih barangan dan membelinya menggunakan kaedah talian pembayaran secara bar kod, ia sesuatu yang mengujakan, bahkan lebih memudahkan anda untuk berurusan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] online-shopping

Baru-baru ini, berlangsung Minggu Usahawan Fesyen Dalam Talian Malaysia 2011 (MOFEW) di Dewan Pameran MidValley selama tiga hari bermula 11 hingga 13 November. Program yang diadakan buat kali kedua itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan dari khalayak yang menggemari cara pembelian yang cepat dan mudah.

Mengemukakan lebih 170 usahawan fesyen, MOFEW anjuran Catalyst Partner sempena Minggu Global Keusahawanan itu mendapat tajaan PayPal, dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi dan penaung Minggu Global Keusahawanan Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Online Shopping menggunakan Paypal

Pengarah Urusan dan Pengurus Kanan PayPal Asia Tenggara dan India, Elias Ghanem, berkata PayPal amat berminat untuk memberi peluang kepada usahawan yang mengusahakan perniagaan secara dalam talian dengan skala yang kecil.

“Di PayPal, kami amat berkeinginan untuk membantu usahawan yang mengusahakan perniagaan dengan skala yang kecil secara dalam talian, bahkan kami teruja menjadi sebahagian daripada MOFEW.

“Kami juga tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan usahawan yang mengambil bahagian untuk berkongsi bagaimana mereka boleh menguruskan perniagaan dengan lebih selamat menerusi pemilihan pembayaran menggunakan PayPal serta membuka laluan kepada 103 juta pengguna PayPal yang aktif di 190 pasaran lain di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Katanya, PayPal merangka satu kaedah pembayaran yang cukup mudah untuk pengguna tanpa perlu menggunakan wang ringgit sebaliknya menggunakan kaedah kod tindak balas segera yang diperkenalkan melalui telefon pintar.
“Pengunjung boleh membayar barang yang dibeli menggunakan inovasi mobil di MOFEW. Buat pertama kali di Asia Tenggara, kami memperkenalkan kaedah bayaran mudah.

“Pembeli boleh membayar barang yang mereka beli di gerai usahawan fesyen dengan imbasan kod respon segera pada telefon pintar mereka dan membayarnya dengan PayPal semudah dua kali klik saja,” katanya.

Bagaimanapun, sebelum berbelanja dengan kaedah itu, anda dikehendaki memprogramkan telefon pintar anda dengan sistem program disediakan penganjur.

Selain kegiatan jual beli, pelbagai aktiviti lain dijalankan untuk mengisi program selama tiga hari itu termasuklah pertunjukan fesyen, persembahan band, demonstrasi kecergasan, demonstrasi solekan dan dandanan, bengkel urus niaga e-perdagangan dan cabutan bertuah.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?