SYARIKAT multimedia tempatan, Madcat World Sdn Bhd (Madcat) menghasilkan platform media sosial terbaru, www.nurmuslim.com, sebuah portal diskusi yang memaparkan gaya hidup Muslim terkini.
Pengarahnya, Nuraizah Shamsul Baharin berkata, antara kandungan portal itu adalah Labbaikkallah yang bakal dilancarkan pada Februari nanti bertujuan menghubungkan jemaah yang sudah mengerjakan ibadat haji atau umrah dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman dan ilmu sepanjang mengerjakan ibadat itu.
“Madcat syarikat multimedia yang membangunkan perkhidmatan mobiliti dan produktiviti bagi pengguna dan perniagaan yang mengutamakan kandungan Islam di operator mudah alih dan Internet.
“Bagi portal Labbaikallah, kami menyasar keahlian 1,000 orang tahun ini dari seluruh dunia. Kelebihan melalui portal ini antaranya bagi mereka yang ingin mencari rakan berdasarkan tahun mereka menunaikan haji atau umrah dari seluruh dunia,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di ibu negara baru-baru ini. -hmetro