Kuala Lumpur: Nokia optimis dengan pengenalan model telefon pintar terbarunya, Nokia Lumia 1020 yang dijangka dapat memperkukuhkan kedudukannya di negara ini bersandarkan pengenalan ciri kamera telefon terbaik sama seperti penggunaan kamera profesional.
[adsenseyu6] | ![]() |
Nokia Lumia 1020 dibangunkan dengan sensor imejan 41 megapiksel, terbesar setakat ini dalam kalangan model telefon pintar dan ia dilihat memberi peluang kepada syarikat menyaingi pesaingnya di pasaran tempatan dan global.
Ketua Pemasaran Nokia Pan-Asia Gary Chan berkata, pengenalan model itu juga memberi satu inovasi baru dalam segmen telefon pintar global kerana ia memudahkan pengguna menggunakan kamera telefon yang boleh menghasilkan kualiti gambar profesional.
Beliau berkata, model itu seperti kamera DSLR yang dimasukkan bersama telefon bimbit dan pelbagai aplikasi mengedit imej dijangka mampu menarik perhatian penggemar fotografi.
Harga Nokia Lumia 1020
“Peranti ini ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu hitam, putih dan kuning mempunyai kekuatan kamera menjangkau 41 megapiksel PureView lengkap dengan lampu flash Xenon dan skrin 4.5 inci,” katanya pada majlis prapelancarannya di sini, semalam. Model itu dijual pada harga RM2499 seunit.