Kuala Lumpur: Nokia menjalin kerjasama dengan AirAsia Berhad bagi membangunkan aplikasi mudah alih AirAsia menerusi platform Windows Phone 8, sekali gus komited untuk meningkatkan penguasaan pasaran telefon pintar Windows.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Windows Phone Apps Games Store  United States

Ketua Pemasaran Nokia Pan-Asia, Gary Chan berkata, aplikasi itu adalah pertama yang menggunakan Windows Phone 8 dan berbeza dengan aplikasi mudah alih penerbangan lain kerana ia menampilkan pencarian menggunakan suara dan pemilihan tempat duduk.

Katanya, Nokia sentiasa bekerjasama dengan pembangun kandungan tempatan bagi menghasilkan aplikasi menepati keperluan masyarakat di Malaysia.

“Sebelum ini, Nokia memperkenalkan aplikasi dari syarikat penerbangan Malaysia Airlines System dan ia menggunakan Windows Phone 7, bagaimanapun kami dalam perancangan membolehkan aplikasi itu dibuat menerusi versi terbarupula.

“Lebih menarik, menerusi Nokia Lumia 1020 yang mempunyai sensor imejan 41 megapiksel, kami yakin aplikasi baru akan diperkenalkan bakal memberi pengalaman terbaik kepada pengguna,” katanya kepada Bisnes Metro selepas majlis pelancaran Aplikasi AirAsia Nokia di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Komersial Negara AirAsia Berhad Kenny Wong dan Pengarah Bahagian Pengupayaan Digital Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Wan Murdani Wan Mohamad.

Chan berkata, pihaknya di landasan tepat untuk memperkukuhkan kedudukan di peringkat global serta di negara ini kerana lebih banyak aplikasi diperkenalkan.

“Kami akan berusaha kuasai semula pasaran telefon pintar menerusi Windows Phone dan setakat ini prestasi ditunjukkan positif terutama sambutan pengguna terhadap model baru keluaran Nokia yang lebih segar,” katanya. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?