NINETOLOGY Malaysia (Ninetology) akan meluaskan lagi perniagaannya ke seluruh negara menerusi pembukaan 17 cawangan Touch Point terbaru selepas melancarkan cawangan pertamanya di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, semalam.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] ninetology low yat

Daripada jumlah itu, lapan cawangan akan dibuka di Lembah Klang tahun ini dan sembilan lagi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menjelang tahun depan.

Ketua Saluran Ninetology, Eddy Tay berkata, Touch Point memenuhi keperluan dan gaya hidup melalui konsep peragaan produk yang unik.

“Pelancaran cawangan ini akan menjadi pusat latihan belia dan budaya dalam menyebarkan lagi gaya hidup kota yang dibawakan oleh Ninetology.

“Di sini, kami bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis telefon pintar tetapi juga pelanggan boleh mempelajari cara menggunakan telefon pintar,” katanya pada majlis pelancaran, di Kuala Lumpur.

Bagi mengukuhkan lagi operasi, syarikat itu akan memasuki pasaran Asia Pasifik seperti Thailand, Vietnam dan Filipina selepas menembusi pasaran Indonesia tahun lalu. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *