DHM Land – Pemaju Perumahan Kelantan | Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
DHM Land Sdn Bhd dimiliki 100% bumiputera dan ditubuhkan pada tahun 2004. Pihak kami menawarkan perkhidmatan bina rumah atas tanah sendiri secara komprehensif bermula daripada urusan pecah lot tanah sehinggalah rumah mendapat Sijil Kebenaran Duduk (SKD) daripada pihak berkuasa tempatan. Syarikat adalah berdaftar dengan CIDB dan Kementerian Kewangan.
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
Perkhidmatan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri adalah trend di Kelantan kerana ramai rakyatnya memiliki tanah sendiri. Dengan adanya tanah sendiri secara automatik kos untuk memiliki rumah adalah lebih rendah. Mereka juga boleh memilih rekabentuk & keluasan mengikut budget dan citarasa masing-masing.
Pihak kami juga mempunyai kepakaran dalam urusan hartanah seperti pecah bahagian, pecah sempadan dan ubahsyarat tanah di Negeri Kelantan yang diuruskan syarikat Jurukur Tanah berlesen DHM Ukur Consultant. Kami juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa firma profesional lain seperti girma guaman, arkitek dan kejuruteraan sivil.